SEJARAH

Pada tanggal 1 Jun 2004, nama sekolah ini telah tercatat di dalam daftar sekolah-sekolah kebangsaan bagi Daerah Johor Bahru. Nama yang telah didaftarkan ialah Sekolah Kebangsaan Taman Mount Austin, Johor Bahru. Sekolah ini terletak di Jalan Mutiara Emas 2/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru iaitu kira-kira 20 km daripada Bandaraya Johor Bahru. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah gred B dan lokasinya adalah di luar bandar.

Sekolah Kebangsaan Taman Mount Austin mula beroperasi pada tanggal 1 Jun 2004, dan dibuka dengan rasminya pada 14 Jun 2004 oleh Yang Berusaha Tuan Haji Khalid Bin Haji Hashim, Penyelia Kanan Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ). Pada peringkat awal pengoperasian sekolah ini dibuka, pendaftaran murid baru hanya seramai 95 orang murid dan 8 orang guru telah ditempatkan di sekolah ini.

Sebelum sekolah ini ditubuhkan, kawasan sekolah ini dan sekitarnya adalah bekas sebuah ladang getah. Berikutan kemajuan negara yang semakin pesat dan membangun, ladang getah di kawasan ini telah ditutup dan dikomersialkan untuk tujuan pembangunan. Lantaran itu, wujudlah penempatan baru seperti kawasan-kawasan perindustrian dan kawasan-kawasan perumahan di sekitar Mount Austin. Antaranya adalah Austin Heights, Austin Hill, Austin Perdana, Taman Mount Austin dan juga penubuhan Sekolah Kebangsaan Taman Mount Austin.

Guru Besar pertama sekolah ini ialah Pn. Hjh Siti Latifah Binti Hj. Adnan. Walau bagaimanapun dalam tempoh 2004 hingga 2011, sekolah ini telah ditadbir oleh beberapa orang Guru Besar sebagaimana dinyatakan di bawah:
SENARAI NAMA GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT
DI SK TAMAN MOUNT AUSTIN, JOHOR BAHRU.
BIL
NAMA GURU BESAR

TEMPOH BERTUGAS

1.
Pn. Hjh Siti Latifah Bte Adnan
01.06.2004 - 22.12.2005
2.
En. Ali Bin Mustari
23.12.2005 - 22.05.2006
3.
En. Tang Wai Hong
23.05.2006 - 15.06.2008
4.
En. Shamsudin Bin Yamhari
           16.06.2008 - Kini