- REKACIPTA OLEH : Pn. Hjh Siti Latifah Bte Hj Adnan
- LAMBANG BUKU : Sumber Ilmu Pengetahuan
- LAMBANG 3 ORANG : Melambangkan tiga kaum (Melayu,Cina dan India)
- TAHUN 2004 : Tahun sekolah dibuka – 01 Jun 2004.
- WARNA ORGANISASI : Empat warna asas
- PUTIH : Melambangkan kesucian rohani dan jasmani.
- MERAH : Melambangkan keberanian dan kesungguhan menimba ilmu untuk mencapai misi, visi, matlamat dan objektif sekolah.
- BIRU : Melambangkan perpaduan antara kaum.
- KUNING : Melambangkan jati diri murid mematuhi peraturan dan perlembagaan.
COGANKATA / MOTO SEKOLAH
“USAHA TERAS KEJAYAAN” membawa maksud usaha-usaha yang berterusan merupakan asas kepada kejayaan yang diimpikan oleh organisasi.
MISI & VISI
SK TAMAN MOUNT AUSTIN
(2012 -2014)
MISI
“MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI”
VISI
“MENJADIKAN SK TAMAN MOUNT AUSTIN SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG”
LAGU SEKOLAH
♪ Kami pemimpin hari muka
Pendukung aspirasi Malaysia
Di sini kami mengorak langkah
Penuhkan ilmu di dada ♫
♫ Duhai guru dan ayah bonda
Inilah janji kami
Insan berilmu
Punya jati diri
Kebanggaan agama dan bangsa ♪
♪ Bimbinglah kami
Daripada kegelapan
Ke mercu kejayaan ♫
♫ Harapan negara
Tak dipersia
Seiring cita-cita
Bertekad, berazam
Menjulang namamu tercinta ♪
Ciptaan: Pn. Hjh Siti Latifah Bte Hj Adnan